STRATEGI
PENGURUSAN INOVASI DAN PERUBAHAN PENDIDIKAN
PENGURUSAN INOVASI DAN PERUBAHAN PENDIDIKAN
STRATEGI PENGURUSAN
INOVASI DAN PERUBAHAN
What is Innovation??
Definisi
- Inovasi (asal bahasa Latin) – pembaharuan
- Inovasi sebagai pembangunan teknologi baru atau aplikasi sesuatu teknologi dalam kegunaan tertentu.
- Kebolehan untuk mencipta kemahiran di dalam menyelesaikan sesuatu masalah, peluang untuk meningkatkan dan memperkayakan taraf hidup masyarakat.
- Harvard’s Theodore Levitt – innovation is doing new things. Penciptaan cara-cara baru untuk menyampaikan nilai kepada pengguna.
- Penghasilan produk atau kaedah yg baru ke arah keberkesanan pelaksanaan kurikulum.
- Keadaan di mana individu atau kelompok manusia atau sesebuah organisasi memahami, mengetahui, mampu mengaplikasi daya kreativiti dalam usaha untuk:
i.
Membuat keputusan
ii. Selesaikan masalah
iii.
Terbit idea
iv.
Hasilkan
inovasi (produk, proses, sistem)
Inovasi Dalam Pendidikan
- Aktiviti yg melibatkan pembaharuan, perubahan yg positif dalam pelaksanaan kurikulum, aktiviti kurikulum yang berkaitan dengan kurikulum di peringkat sekolah.
- Hasil cetusan idea yang kreatif dalam aspek kerja untuk meningkatkan kualiti P&P dan produktiviti organisasi sekolah.
- Pelaksaan kurikulum – usaha melaksanakan kurikulum melalui bahan-bahan kurikulum, teknologi pendidikan, kaedah P&P serta penilaian pembelajaran.
- Pembaharuan – melalui cara, kaedah. Teknik P&P; pendekatan baru yang meningkatkan pembelajaran.
- Ambil kira kesesuaian kos, masa, tenaga dan penggunaannya.
- Meningkatkan kecekapan P&P; keberkesanan sistem penyampaian perkhidmatan serta memberi faedah kepada murid.
- Guru perlu tahu kebolehan, latar belakang, pengalaman dan keluarga murid – dapat kenal pasti keperluan P&P; masalah murid.
Tujuan Inovasi
- Menghasilkan produk atau perkhidmatan baru bagi para pengguna dengan teknologi sebagai terasnya.
- Melahirkan sebuah citra masyarakat kreatif (creative society), dan negara kreatif (creative country).
Keperluan Inovasi Guru
- Pengajaran lebih menarik
- . Melahirkan kejayaan dalam aspek kurikulum
- Mengembangkan potensi pelajar
- Mengukuhkan penyampaian nilai
b CIRI-CIRI GURU BERINOVASI
- Berkualiti menempuh era globalisasi yang diwarnai oleh ekonomi berteraskan ilmu dan inovasi
- Mempunyai kebolehan untuk melengkapkan murid dengan kemahiran alaf baru seperti keupayaan berfikir secara bijaksana, menyelesaikan masalah dan daya kreativiti yang tinggi.
- Fleksibel dalam melaksanakan pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah.
- Sentiasa berfikir di luar kotak pemikiran biasa untuk mencari kaedah serta pendekatan baru yang lebih berkesan.
- Mampu menyediakan persekitaran pembelajaran paling kondusif dan memberi ruang seluas-luasnya kepada murid untuk mengasah kebijaksanaan berfikir.
- Menilai pencapaian dan potensi murid secara holistik serta sentiasa mengambil langkah proaktif untuk meningkatkan kecemerlangan murid supaya dapat bersaing di dunia yang semakin mencabar.
- Sentiasa memikirkan cabaran yang bakal dihadapi oleh murid setelah mereka melangkah keluar dari lingkungan sekolah, apakah ilmu yang dipelajari di sekolah mampu memberi kelebihan kepada mereka untuk bersaing di dunia nyata.
LANGKAH PEMANTAPAN
BUDAYA INOVASI DI SEKOLAH OLEH KERAJAAN
Pelan Tindakan Pembangunan Modal Insan Inovatif
ASPEK STRATEGI PENGURUSAN INOVASI
SKOP
PELAKSANAAN INOVASI
Pelan Tindakan Pembangunan Modal Insan Inovatif
- Kementerian Pelajaran dan Kementerian Pengajian Tinggi sedang merangka Pelan Tindakan Pembangunan Modal Insan Inovatif untuk menyemai budaya inovatif dan kreatif di kalangan murid.
- Sekolah akan bertindak sebagai agensi pelaksana yang menjalankan pengajaran dan pembelajaran secara kreatif.
- Digunakan sepenuhnya oleh guru sebagai garis panduan untuk mencapai hasrat negara meningkatkan keupayaan daya saing negara yang diukur berdasarkan kemampuan rakyat untuk berinovasi.
Program i-Think
- Kerjasama KPM dan KPT dengan Agensi Inovasi Malaysia melalui Program i-Think juga merupakan pendekatan baru yang sesuai digunakan oleh guru untuk meningkatkan penaakulan dalam kalangan murid.
- Program ini telah dirintis di 10 buah sekolah dan diharapkan dapat diperluaskan ke seluruh negara untuk meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran.
*dipetik dari petikan akhbar oleh Menteri Pelajaran Malaysia, Tan Sri Muhyidin
Yassin sempena Sambutan Hari Guru Peringkat Kebangsaan, Kuala Kangsar 2012
ASPEK STRATEGI PENGURUSAN INOVASI
·
Memantau pencapaian pengurusan kualiti
·
Menjalin hubungan dan kerjasama dengan agensi
luar berkaitan dengan pengurusan inovasi.
Contoh Institusi Pendidikan :
1.
Institut Aminuddin Baki, Genting Highlands
- Amalan TQM dan MS ISO 9000
- Sistem Pengurusan Pencapaian IAB
- Program Khas Peningkatan Kualiti IAB
- Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK)
- Anugerah Kualiti
2. Sekolah, Institusi Pengajian Tinggi, Kementerian
Pelajaran, Jabatan Pelajaran
- Pembinaan laman web
- Pertandingan Guru atau Jabatan Inovatif
- Anugerah Guru Inovatif Hari Guru
- Anugerah Inovasi Jabatan
- Kerjasama antara institusi pendidikan dengan agensi
luar, syarikat korporat, jabatan kerajaan dan lain-lain.
-
Pencapaian prestasi melalui KPI di dalam NKRA yang
ketiga.
1.
ASPEK PERKHIDMATAN AWAM
·
Inovasi Tadbir Urus
·
Inovasi dalam Kemasyarakatan
·
Inovasi Bandar
·
Inovasi Penjagaan Kesihatan
·
Inovasi Penjenamaan
·
Inovasi Desa
·
Inovasi Korporat
·
Inovasi Industri
2.
ASPEK PENGURUSAN PENDIDIKAN
·
Pengurusan Budaya Kerja
·
Pengurusan Strategik dan Kepimpinan Organisasi
·
Pengurusan Projek Pembangunan
·
Pengurusan Sumber Manusia
·
Pengurusan Teknologi dan Maklumat
·
Pengurusan Kewangan dan Aset
KRONOLOGI INOVASI DALAM BIDANG PENDIDIKAN DI MALAYSIA
1980-an
·
KBSR KBSM
·
Siaran rancangan pendidikan SK dan SM melalui
Radio dan TV Pendidikan
·
KPM membekalkan alatan pendidikan berasaskan
teknologi seperti radio, televisyen, overhead projektor
·
Projek pendidikan berasaskan ICT dan pembekalan
komputer
1990-an
·
Projek Rintis Sekolah Bestari
·
Projek KIA 2M
2000 - Alaf Baru
·
Smart School Qualification Standards untuk
Sekolah Bestari
·
KSSR
·
Projek LINUS
·
Projek 1BestariNet
·
RMK 10
PERUBAHAN PENDIDIKAN
Isu
· Perlu diramal supaya organisasi bersedia terhadap kemungkinan positif atau negatif
· Bergantung kepada kehendak kepimpinan organisasi pendidikan, teknologi, kemanusiaan
· Berlaku atas dasar kepercayaan dan falsafah politik semasa
· Melibatkan kos yang tinggi dalam bentuk kewangan atau bukan kewangan
Objektif
· Mengurangkan Konflik
· Mewujudkan kolaborasi,hubungan baik dan kerjasama bagi kepentingan organisasi.
· Meningkatkan Keberkesanan
· Melalui pencapaian, matlamat, objektif dan misi hasil gabungan usaha dan bakat ahli
· Meningkatkan Kecekapan
· Hasil yang diperoleh kesan dari penambahbaikan amalan dan ilmu pengetahuan ahli
Faktor
1) Dalaman
· Peristiwa atau sesuatu masalah
· Pelantikan pengetua atau guru besar baru
· Prestasi sekolah dalam akademik, kurikulum dan kokurikulum
2) Luaran
- - Ekonomi
Kekangan
· Sesuatu yang tidak dapat dielakkan
· Mempunyai faktor luaran dan dalaman yang mempengaruhi
· Memerlukan kajian yang terperinci dalam skop yang global
· Wujud penentangan atas 4 faktor (Leigh, 1988)
Seterusnya....
Kejayaan Inovasi P&P.....
Inovasi SMK Tanjung Datuk diiktiraf di pertandingan reka cipta inovasi dunia
INOVASI ciptaan sekumpulan pelajar dari Sekolah Menengah
Kebangsaan (SMK) Tanjung Datuk dekat Pengerang, Johor telah berjaya
mengharumkan nama negara di peringkat antarabangsa apabila menduduki tempat
kedua Pertandingan Pereka Cipta Muda peringkat Antarabangsa 2012 atau
International Exhibition For Young Inventors (IEYI) di Bangkok, Thailand
baru-baru ini.
Pengurus pasukan sekolah itu, Latifah Saat berkata, kejayaan tersebut diperoleh menerusi ciptaan 'The Great Wall Of Plastic' (GWP) atau sejenis alat perangkap sampah yang dihasilkan melalui bahan terbuang iaitu botol plastik dengan mengaplikasikan konsep 3R (Reuse, Reduce and Recycle).
"Kelebihan alat perangkap sampah GWP adalah tahan lama dan dihasilkan dengan kos yang murah," katanya.
Malah, jelas beliau, susunan botol plastik pada ciptaan tersebut menyerupai barisan telur nyamuk yang berfungsi seperti injap agar berupaya mengumpul sampah dengan banyak.
Pasukan sekolah itu yang diwakili Noor Faridah Ali, Goh Zheng Yuen dan Farhan Yahya tewas kepada pasukan Hong Kong yang dinobatkan sebagai juara IEYI edisi kali ini.
"Walaupun hanya mampu menduduki tangga kedua namun kita tetap bangga dengan pencapaian ini dan berazam untuk mempertingkatkannya pada masa depan," katanya penuh tekad.
Projek GWP dimulakan pada 2008 dengan tapak ujian dijalankan di Sungai Kapal dan ia ditambah baik pada tahun ini serta menjalani ujian kedua di Sungai Kepah kerana kedua-dua sungai tersebut berada dalam Kampung Sungai Kapal, Pengerang dekat Johor.
Menurut Latifah, selepas menjalani operasi di Sungai Kapal dan Sungai Kepah, penghasilan alat berkenaan menunjukkan peningkatan yang positif kerana berjaya memerangkap sampah dengan banyak dan tidak mudah rosak walaupun mendapat tekanan ombak kuat.
"Sampah dapat dikumpul dari dua arah iaitu dari laut dan kampung malah penghasilan satu set GWP hanya memakan masa tiga hari sahaja bergantung kepada saiz lebar sungai.
"Malah, bahan utama alat ini hanya botol plastik minyak 5 liter, tali nelayan, simen, jaring ikan dan kayu bakau," jelasnya.
Pada masa yang sama, Latifah turut melahirkan penghargaan kepada Lembaga Kemajuan Johor Tenggara (Kejora), SIRIM Johor, Jabatan Pengairan dan Saliran serta penglibatan syarikat swasta iaitu Petronas.
Kejayaan Inovasi P&P.....
Konsep
ADD berkesan
Guru akui akhbar alternatif terbaik bahan P&P
PELBAGAI sekolah mengakui pelaksanaan konsep Akhbar Dalam Darjah (ADD) yang
menggunakan akhbar sebagai satu daripada bahan bantu mengajar mampu
meningkatkan prestasi pelajar. Guru Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Pintu Geng, Kota Bharu, Nik Shafna
Nik Daud, 36, yang melaksanakan ADD menggunakan akhbar Berita Harian berkata,
ia juga antara alternatif terbaik meningkatkan mutu pengajaran dan pembelajaran
(P&P). Sejak melaksanakan konsep ADD dalam kelasnya, beliau berkata, kebanyakan
pelajarnya menunjukkan prestasi memberangsangkan berbanding sebelumnya.
“ADD mempunyai kelebihan tersendiri kerana P&P dapat dijalankan dengan
cukup menarik termasuk menggunakan pelbagai bahan, contohnya grafik dan dan
gambar berwarna-warni. “Lagipun untuk mendapatkan Berita Harian mahupun sisipan SKOR, Minda atau
Didik, seseorang pelajar hanya perlu membelanjakan kos cukup minimum,” katanya
ketika ditemui selepas Bengkel ADD Peringkat Kelantan anjuran Berita Harian di
Kota Bharu, baru-baru ini. Bengkel dirasmikan Ketua Sektor Pengurusan Akademik Jabatan Pelajaran
Kelantan, Adnan Mohd Noor. Hadir sama Pengarang Kumpulan Berita Harian Sdn
Berhad, Datuk Mior Kamarul Shahid. Seramai 100 guru dari 50 sekolah menengah di Kelantan menyertai bengkel
bertujuan mendedahkan mereka cara memanfaatkan bahan siaran akhbar Berita
Harian, Didik, Minda dan SKOR sebagai bahan bantu mengajar.
Guru Bahasa Inggeris, Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Chong Hwa, Tan Boon
Ai, 53, berkata ramai pelajarnya menunjukkan peningkatan penguasaan dalam
bahasa berkenaan setelah melaksanakan ADD. Sehubungan itu, beliau berharap lebih ramai guru di negara ini menggunakan
konsep itu sebagai salah satu pendekatan menarik minat pelajar meningkatkan
prestasi pelajaran masing-masing. “Saya menggalakkan pelajar untuk memotong keratan akhbar sebagai kerja
rumah. Dalam setahun, mereka perlu mempunyai lebih kurang 40 potongan akhbar
atau tiga keratan seminggu. “Dengan potongan akhbar ini, pelajar diminta membina dan mencari ayat
sukar, seterusnya diterjemahkan menggunakan bahasa lebih mudah,” katanya. Guru Bahasa Inggeris Sekolah Menengah Kebangsaan Kadok, Kota Bharu, Aziz
Noor yang juga sependapat berkata, pelaksanaan konsep ADD banyak membantunya
tingkatkan pengajaran dalam kelas. Mengakui penggunaan buku teks lebih penting memandangkan soalan peperiksaan
berdasarkan sumber berkenaan, namun Aziz menyifatkan penggunaan akhbar juga
tidak kurang manfaatnya.
Inovasi SMK Tanjung Datuk diiktiraf di pertandingan reka cipta inovasi dunia
Pasukan SMK Tanjung Datuk bersama alat
perangkap sampah ciptaan mereka yang berjaya
meraih tempat kedua Pertandingan
Pereka Cipta Muda peringkat Antarabangsa 2012 di
Bangkok, Thailand baru-baru
ini.
Pengurus pasukan sekolah itu, Latifah Saat berkata, kejayaan tersebut diperoleh menerusi ciptaan 'The Great Wall Of Plastic' (GWP) atau sejenis alat perangkap sampah yang dihasilkan melalui bahan terbuang iaitu botol plastik dengan mengaplikasikan konsep 3R (Reuse, Reduce and Recycle).
"Kelebihan alat perangkap sampah GWP adalah tahan lama dan dihasilkan dengan kos yang murah," katanya.
Malah, jelas beliau, susunan botol plastik pada ciptaan tersebut menyerupai barisan telur nyamuk yang berfungsi seperti injap agar berupaya mengumpul sampah dengan banyak.
Pasukan sekolah itu yang diwakili Noor Faridah Ali, Goh Zheng Yuen dan Farhan Yahya tewas kepada pasukan Hong Kong yang dinobatkan sebagai juara IEYI edisi kali ini.
"Walaupun hanya mampu menduduki tangga kedua namun kita tetap bangga dengan pencapaian ini dan berazam untuk mempertingkatkannya pada masa depan," katanya penuh tekad.
Projek GWP dimulakan pada 2008 dengan tapak ujian dijalankan di Sungai Kapal dan ia ditambah baik pada tahun ini serta menjalani ujian kedua di Sungai Kepah kerana kedua-dua sungai tersebut berada dalam Kampung Sungai Kapal, Pengerang dekat Johor.
Menurut Latifah, selepas menjalani operasi di Sungai Kapal dan Sungai Kepah, penghasilan alat berkenaan menunjukkan peningkatan yang positif kerana berjaya memerangkap sampah dengan banyak dan tidak mudah rosak walaupun mendapat tekanan ombak kuat.
"Sampah dapat dikumpul dari dua arah iaitu dari laut dan kampung malah penghasilan satu set GWP hanya memakan masa tiga hari sahaja bergantung kepada saiz lebar sungai.
"Malah, bahan utama alat ini hanya botol plastik minyak 5 liter, tali nelayan, simen, jaring ikan dan kayu bakau," jelasnya.
Pada masa yang sama, Latifah turut melahirkan penghargaan kepada Lembaga Kemajuan Johor Tenggara (Kejora), SIRIM Johor, Jabatan Pengairan dan Saliran serta penglibatan syarikat swasta iaitu Petronas.
0 comments:
Post a Comment