Selamat Datang

dian-murabbi.blogspot.com

GURU DAN CABARAN SEMASA

EDU 3109 - SEMESTER 8

PISMP PENDIDIKAN KHAS 4

AMBILAN JANUARI 2009 - SEMESTER 8 (Nazifah Lang, Shazana Azman, Nor Shazyeana Mohamad Saidan)

selamat berpuasa dan Selamat Hari Raya Aidilfitri daripada kami Nazifah, Shazana dan Norshazyeana

Wednesday 29 August 2012

SELAMAT DATANG




2009 - 2012












MARI KITA BERKENALAN !!!






Monday 27 August 2012

Kata Menteri



TRANSFORMASI PENDIDIKAN




INOVASI i-THINK







I-SIna (Artikel adaptasi)


[harakahdaily] Cepat membaca guna teknik I-Sina (Utusan Malaysia, 7/11/2006)

pak ngah
Tue, 07 Nov 2006 08:50:43 -0800

Oleh MERAN ABU BAKAR
INGINKAH anda melihat anak-anak boleh membaca seawal usia tiga atau empat tahun? Pasti ibu bapa merasa seronok, bangga dan gembira apabila anak-anak boleh membaca pada usia yang lebih awal sebelum memasuki alam persekolahan.
Bagaimanapun, bilangan kanak-kanak yang mempunyai kebolehan seperti itu amat sedikit jumlahnya. Namun, perkara itu tidak mustahil kerana ada kaedah tertentu yang ternyata berkesan setelah dipraktikkan kepada kanak-kanak.
Dengan Kaedah Belajar Membaca Yang Efektif menggunakan teknik I-Sina yang dicipta oleh Rahmalizah Ali, impian untuk melihat anak-anak boleh membaca awal akan menjadi kenyataan.
Justeru itu, Bengkel Cepat Membaca anjuran Kolej Komuniti Selayang telah diadakan bagi memberi kefahaman kepada para pendidik dan ibu bapa mengenai kemahiran membaca.
Selain itu, bengkel ini dapat memberi pendedahan kepada ibu bapa mengenai pentingnya kemahiran membaca di kalangan kanak-kanak seawal usia tiga tahun. Dengan tidak secara langsung, ia dapat membantu mengatasi masalah buta huruf.
Menurut Rahmalizah, jumlah kanak-kanak yang tidak tahu membaca di negara ini semakin membimbangkan. Selain itu, masalah kanak-kanak yang belum menguasai kemahiran membaca di peringkat sekolah rendah juga begitu serius.
"Seramai 138,271 orang murid atau 35.52 peratus pelajar Tahun 1 di Semenanjung tidak tahu membaca dan jumlah ini tidak termasuk kawasan-kawasan luar bandar di Sabah dan Sarawak," kata Rahmalizah.
Beliau berkata, banyak masalah yang akan timbul akibat murid-murid yang tidak tahu membaca. Mereka akan ketinggalan dalam pelajaran, keputusan peperiksaan lemah kerana tidak memahami soalan, tiada keyakinan diri serta mudah berputus asa.
Tambah beliau, murid-murid ini tidak menunjukkan sebarang minat untuk belajar, mempunyai daya saing yang sangat rendah dan mengikut kajian Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP), mereka tergolong dalam golongan kanak-kanak yang tercicir minda.
"Membaca ialah satu kemahiran atau skil. Terdapat beberapa skil yang perlu dikuasai oleh kanak-kanak untuk membaca seperti skil membuat bunyi setiap huruf, skil menyambungkan bunyi setiap huruf, skil membaca mengikut tanda bacaan dan skil menterjemah bacaan kepada yang difahami.
"Kanak-kanak belajar melalui reseptif visual, pendengaran dan pengalaman," ujar graduan Universiti Manchester, United Kingdom ini.
Ujar beliau, kaedah belajar membaca di Malaysia menggunakan kaedah lama (teknik mengeja-menyanyi suku kata) dan kaedah fonetik.
Bagaimanapun, teknik lama itu hanya berkesan kepada sesetengah murid sahaja dan majoritinya tidak.
Kata Rahmalizah lagi, murid yang gagal menangkap skil membaca dengan betul akan cenderung menghafal. Mereka dikenali kerana boleh membaca suku kata mudah sahaja, kerap meneka, membaca, tidak berminat dan kerap lupa semasa membaca.
Beliau berkata, kanak-kanak yang tidak dapat membaca mengikut kaedah fonetik suku kata ini mempunyai simptom seperti boleh membaca suku kata mudah sahaja, kerap meneka dan tidak berminat semasa membaca, kerap lupa suku kata yang dipelajari, tahu membaca tetapi tidak tahu mengeja dan menulis serta tahu membaca bukunya sahaja.
Menurut Rahmalizah, kaedah I-Sina merupakan teknik fonetik tetapi disusun khusus bagi mengatasi kekeliruan kanak-kanak dalam usaha mereka untuk belajar membaca.
Teknik ini melatih kanak-kanak untuk faham dan bukannya menghafal. Ia ringkas dan tidak memerlukan masa yang lama, iaitu cuma lima hingga 10 minit setiap kali belajar tetapi kanak-kanak itu mestilah fokus.
Sementara itu, seorang guru tadika yang turut mengikuti bengkel tersebut, Zainab Zubir, 35, berkata, beliau telah dua kali mengikuti bengkel cepat membaca. Banyak pengetahuan baru yang dipelajarinya dan dapat dipraktikkan kepada kanak-kanak di Tadika Hadhari, Keramat, Kuala Lumpur.
"Kaedah ini lebih mudah dan cepat dipelajari oleh kanak-kanak. Mereka sudah boleh membaca dalam masa yang singkat sahaja.
"Walaupun sebutan hurufnya berbeza daripada teknik biasa namun tiada masalah bagi kanak-kanak itu untuk menyebutnya dan mereka nampak berminat untuk terus belajar," katanya yang mengajar kanak-kanak berusia empat, lima dan enam tahun.
Seorang lagi guru yang sempat ditemui, Rohana Ishak, 50, berkata, dengan menggunakan kaedah cepat membaca, kanak-kanak yang tidak boleh membaca, sudah boleh membaca dalam masa dua hingga tiga minggu.
Katanya, kaedah tersebut memang ternyata berkesan dan perubahan yang dilihat pada kanak-kanak yang diajar itu ternyata cukup menggembirakan.
Rohana, yang mengajar di sebuah tadika dan pusat tuisyen di Gombak berkata, jika dulu beliau menggunakan kaedah lain dalam pembelajaran kanak-kanak, kini beliau merasakan kaedah cepat membaca ini lebih efisien dan praktikal.
"Selain kaedah tersebut, saya juga cuba mencampurkan pelbagai kaedah bagi memperbaiki kaedah sedia ada.
"Kanak-kanak yang saya ajar bukan sahaja sudah boleh membaca malah mereka boleh mengajar kanak-kanak yang lain," jelasnya yang ingin mencuba mengajar bahasa Inggeris menggunakan kaedah cepat membaca.

--
"Sesungguhnya Solatku, Ibadatku, Hidupku dan Matiku adalah kerana Allah Tuhan Semesta Alam" __._,_.___

Subscribe: [EMAIL PROTECTED]
Unsubscribe: [EMAIL PROTECTED]
Digest message: [EMAIL PROTECTED]
HarakahDaily: http://www.harakahdaily.com
PAS Homepage: http://www.parti-pas.org

HarakahDaily.com disclaims any liability whatsoever or however arising from the posting of e-mails herein. Authors of the emails are advised to ensure that the contents of their e-mails do not attract any liability, civil or criminal.





SPONSORED LINKS
Malaysia florist Florist malaysia Malaysia vacation
Malaysia phone Malaysia shipping

Your email settings: Individual Email|Traditional
Change settings via the Web (Yahoo! ID required)
Change settings via email: Switch delivery to Daily Digest | Switch to Fully Featured
Visit Your Group | Yahoo! Groups Terms of Use | Unsubscribe

__,_._,___
  • [harakahdaily] Cepat membaca guna teknik I-Sina (Utusan Malaysia, 7/11/2006) pak ngah

  
INOVASI NEGARA







PERBAHARUI SISTEM PENDIDIKAN










INOVASI PRASEKOLAH


Tuesday 21 August 2012

ADAPTASI INOVASI


Adaptasi Inovasi Guru
  • Gunakan pelbagai kaedah – bantu murid capai obj p&p
  •  Suaikan dgn keperluan – gaya pembelajaran murid, tajuk pengajaran, jenis pengetahuan, kemahiran yg hendak disampaikan, tahap pencapaian murid, persekitaran pembelajaran, nilai & sikap yg ingin dipupuk
  • Perlu kerjasama semua pihak
  • Proses interaksi – hasil aktiviti guru & murid yg jd elemen utama dlm suasana pembelajaran yg spesifik.

Ciri-ciri pendidik kreatif 
  • Keupayaan pelbagaikan kaedah p&p sesuai dgn kebolehan murid – bercerita, main peranan, lawatan , peta minda, inkuiri.
  • Fleksibel & terbuka dalm p&p – sedia terima idea murid, galak murid soal, pemaaf, suka kepelbagaian & kerencaman idea bakat & tingkah laku murid, gemar layan ptayaan murid. Sesuaikan p&p dgn gaya pembelajran murid, tekankan soal minat, intelektual, kreativiti, sikap, penghayatan.
  • Guna alat bantuan terkini – computer, perisian (software), internet Suaikan dgn situasi
  • Beri peluang pelajar jana idea
  • Aplikasi dlm pelbagai situasi – kuatkan daya ingatan 

Prinsip inovasi dalam pengajaran 


  • Keputusan berdasarkan matlamat jelas
  • Bantu rakan/berpasukan
  • Kongsi idea Belajar melalui pengalaman Inovasi perlu dicari

Halangan dalam inovasi di sekolah 
  • Sikap guru suka berkonfrontasi dgn sekolah 
  • Perasaan bimbang  
  • Konflik 
  • Rasa tidak tenteram 
  • Kesukaran guru tukar amalan yg baru 
  • Tidak yakin guna alat canggih – elektronik, teknologi computer, telekomunikasi  Technophobia (Nigeria) – takut pada media elekronik, takaut pda peralatan elektronik, takut peranan guru diambil oleh media
Cabaran pelaksanaan inovasi kurikulum yg berkesan 
  • Demografi guru yg berbeza Lokasi sekolah
  • Keupayaan guru dr segi motivasi, sikap, pengetahuan, dan kemahiran tentukan kesediaan guru.
  • Sikap guru (Omar Hashim )
  • Faktor inesia – rasa selesa & puas hati dgn apa yg dialami (xnak berubah).
  • Rasa terancam – xyakin bt sst yg baru
  • Masa & kemudahan – tidak ckup masa & kemudahan (elak diri)
Peringkat adaptasi inovasi dalam pendidikan 
  1. Individu – dibuat olh guru kreatif melalui timba ilmu, teliti persekitaran, bina idea hasilkan teknologi baru @ baiki kualiti  @ selesai masalah (modifikasi
  2.  Organisasi – aktif dan Prospektif (cari peluang, kuasai keadaan utk raih keuntungan maksimum).
Organisasi inovatif -  berwawasan, bijak atur strategi

Rujukan

http://www.gurutrenggalek.com/2011/02/httpchandrawatiwordpresscom.html
http://www.scribd.com/doc/83646533/adaptasi-inovasi-pendidikan (link inovasi scribd)
http://www.scribd.com/doc/18034038/PERUBAHAN-DALAM-PENDIDIKAN (link perubhn dlm pendidikn)
http://gudangilmuzubir.blogspot.com/2011/11/nota-edu-3109-guru-dan-cabaran-semasa.html (notes)
( "http://ms.wikipedia.org/wiki/Perubahan_Pendidikan"

Amla Salleh et al (2009). Bimbingan dan Kaunseling Sekolah Edisi Kedua.Selangor Penerbit        Universiti Kebangsaan MalaysiaNoriati A.Rashid, Boon Pong Ying, Sharifah Fakriah Syed Ahmad, Zuraidah Abdul Majid, 2010. Guru dan Cabaran Semasa. Shah Alam :                                 Oxford Fajar Sdn Bhd.
Syed Ismail B Syed Mustafa, Ahmad Subki B Miskon, 2010. Guru dan Cabaran Semasa.           Puchong : Penerbitan Multimedia Sdn Bhd
Dr Abang Hud Abang Engkeh, Pendidik Mac 2009. Perubahan Pendidikan di                                    MalaysiaAmpang : Widad Publications Sdn Bhd
Zahri Ramlan, Pendidik Mac 2009. Guru Inovatif Didik Pelajar Alaf KiniAmpang : Widad               Publications Sdn Bhd
Ishak Ismail, Pendidik Mac 2009. Berubah Mampu Garap Kreativiti GuruAmpang : Widad          Publications Sdn Bhd



Sunday 12 August 2012

i-think strategi pngrsn inovasi & perubahan


STRATEGI PENGURUSAN INOVASI DAN 
PERUBAHAN PENDIDIKAN 

DEFINISI INOVASI ~ circle map








PERUBAHAN PENDIDIKAN
 ~ tree map


CIRI - CIRI GURU BERINOVASI 
~ bubble map








SKOP PELAKSANAAN INOVASI 
~ double bubble map




KRONOLOGI INOVASI DALAM  PENDIDIKAN DI MALAYSIA 
~ flow map



ASPEK STRATEGI PENGURUSAN INOVASI 
~ brace map




Thursday 9 August 2012

ADAPTASI INOVASI DAN PERUBAHAN PENDIDIKAN

 ASPEK PERTIMBANGAN INOVASI GURU -analogy map-

 CARA MERENCANA RANCANGAN STRATEGIK DENGAN BIJAK DAN BERWAWASAN 
-tree map-

 CIRI-CIRI ADAPTASI DAN KEPELBAGAIAN KAEDAH / STRATEGI GURU -brace map-

 ELEMEN YANG DIPERTIMBANGKAN GURU DAAM MELAKSANAKAN INOVASI 
-multi flow map-

 KRITERIA GURU DALAM MELAKSANAKAN INOVASI -tree map-
 TAHAP PERKEMBANGAN GURU -flow map-


TUJUAN INOVASI GURU -circle map-

Perlukah PERUBAHAN ???



…Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah keadaan sesuatu kaum sehingga mereka sendiri mengubah apa yang ada pada diri mereka…”
(Ar-Ra’d, 13:11)

PERUBAHAN. Istilah ini membawa konotasi tentang perubahan iaitu sesuatu yang berubah daripada sedia ada kepada yang baru. Manusia sentiasa menginginkan perubahan daripada yang kurang baik kepada lebih baik. Sebab itu timbul frasa popular “hari ini sepatutnya lebih baik dari semalam”. Dalam merealisasikan perubahan sesuatu, kita sering hanya mengharapkan perubahan itu berlaku berbanding berusaha keras merealisasikannya. Jika itu benar, maka ayat ini seharusnya dianalisis untuk menyedarkan kita bahawa perubahan memerlukan tindakan daripada kita sebelum Allah mengubahnya dengan kuasa-Nya.

Dalam Surah Muhammad, 47:7, Allah berfirman:
“Wahai orang-orang yang beriman, jika kamu menolong Allah, Allah akan menolong kamu dan menetapkan kedudukanmu”
(Muhammad, 47:7)


Jika kita meneliti ayat ini, kita akan memahami bahawa sebelum datangnya pertolongan Allah, kita terlebih dahulu harus bekerja keras menolong agama Allah. Walaupun sebenarnya Allah tidak memerlukan pertolongan kita untuk memenangkan agama-Nya, namun usaha kita menjadi salah satu sebab turunnya pertolongan Allah.

Jika dikaitkan dengan ayat ke 11 surah Ar-Ra’d tadi, kita seharusnya memahami bahawa untuk mencapai sesuatu perubahan yang baik dan disertai dengan pertolongan Allah, kita terlebih dahulu harus berusaha ke arahnya dan tidak hanya menunggu bulan jatuh ke riba. Di mana ada kemahuan di situ ada jalan. Hendak seribu daya tak hendak seribu dalih. Frasa-frasa ini cukup baik dalam menggambarkan kesungguhan kita untuk mencapai sesuatu secara serius.

Apa yang menjadi masalah sekarang, banyak cabaran untuk seseorang itu menerima perubahan. Kekadang di kalangan kita lebih suka mengekalkan ‘status quo’ sahaja sedangkan dunia sudah semakin berubah dan kita seharusnya menerima perubahan-perubahan ini dengan senang hati demi kecemerlangan. Begitu juga dalam organisasi, banyak isu ditimbulkan dan wujud konflik dalam organisasi sampai tahap timbul fitnah melalui surat tanpa bernama (surat layang), email tanpa dapat dipertanggungjawabkan dan tulisan di blog yang juga tidak dapat dipertanggungjawabkan kebenarannya.

Dalam bidang pendidikan khususnya perubahan akan terus berlaku kerana kedinamikan bidang pendidikan itu sendiri. Kurikulum sahaja sentiasa mengalami perubahan dan penambahbaikan dari masa ke semasa. PPSMI yang tidak pernah wujud satu ketika dulu kini dilaksanakan, ISO 9000 yang satu ketika dulu hanya dilaksana di sektor korporat mula diimplementasikan dalam organisasi pendidikan, penggunaan ICT dalam pembelajaran, wujudnya laman web dan pembelajaran berasaskan web, pelbagai permohonan secara online, melaksanakan kajian tindakan dan inovasi, sistem maklumat berasaskan komputer, dan banyak lagi perubahan-perubahan yang berlaku. Kalau kita renung dari mula kita bersekolah hinggalah kini terlalu banyak perubahan yang berlaku. Bagi saya apa salahnya kalau perubahan itu berlaku jika ia membawa kebaikan dan kecemerlangan kepada organisasi kita.

Memang sukar pada peringkat awal untuk menerima perubahan kerana sudah pastinya ada tugasan baru yang perlu kita laksanakan untuk menjayakannya. Contohnya untuk melaksanakan ISO contohnya kita perlu akur kepada penggunaan pelbagai prosedur dan borang mengikut format yang ditetapkan. Malah untuk memohon pertukaran sekolah juga memerlukan kita mengakses melalui internet. Tetapi itulah perubahan baik yang sebenarnya perlu dilaksanakan mengikut trend-trend semasa. Semua itu akan menjadi kebanggaan apabila sesuatu perubahan itu berjaya dan memberi manfaat kepada kita dan organisasi. Selalunya apabila sesuatu perkara baru itu memberikan kerja tambahan kita akan merungut. Yang hairannya kita tidak pula merungut kalau perubahan itu memberi natijah langsung kepada kita seperti tambahan ganjaran, elaun dan sebagainya. Kita ambil contoh mudah, bagi perokok bukanlah suatu perkara yang mudah untuk meninggalkannya. Tetapi ia akan menjadi detik manis apabila mampu membuang tabiat ini kerana dapat menjimatkan perbelanjaan dan kesihatan menjadi bertambah baik. Tanyalah kepada mereka yang pernah terlibat.

Jadi, selepas ini kita tidak harus hanya berkata-kata tentang perubahan dan mengharapkan sesuatu yang luar biasa terjadi tanpa diduga bahkan tanpa usaha. Namun, kita harus bekerja keras jika inginkan perubahan itu berlaku. Perubahan yang bagaimana? Ya! Apa sahaja perubahan ke arah yang lebih baik. Meningkatkan keputusan peperiksaan, menambah baik keadaan umat dan masyarakat, meningkatkan kualiti hidup dan pendapatan, menambah ilmu pengetahuan dan macam-macam lagi. Kita cukup berbangga kerana setelah puluhan tahun kita mencapai kemerdekaan rakan-rakan guru kita tidak pernah jemu untuk menerima, melaksana dan membuat pelbagai perubahan demi kemajuan dan kecemerlangan anak-anak didik kita. Walaupun hanya sekadar membuat kajian tindakan untuk mebaiki keputusan/pencapaian 30 orang anak murid kita dalam bilik darjah, itu sudah merupakan sumbangan kita untuk membuat perubahan dalam organisasi kita. Teruskan komitmen kita bersama.








Wednesday 8 August 2012

APLIKASI I-THINK DALAM P&P


PENGURUSAN DIRI

 ALATAN BILIK DARJAH -double bubble-




AMALAN SEMASA MAKAN - bubble
 ANGGOTA BADAN -brace map-


CARA MENGGOSOK DIRI -flow map-


 KEPENTINGAN MEMBERSIHKAN DIRI -multi flow-


 PAKAIAN -tree map-


 PENGURUSAN DIRI -bridge map-


PERALATAN KEBERSIHAN DIRI -circle map-