Selamat Datang

dian-murabbi.blogspot.com

GURU DAN CABARAN SEMASA

EDU 3109 - SEMESTER 8

PISMP PENDIDIKAN KHAS 4

AMBILAN JANUARI 2009 - SEMESTER 8 (Nazifah Lang, Shazana Azman, Nor Shazyeana Mohamad Saidan)

selamat berpuasa dan Selamat Hari Raya Aidilfitri daripada kami Nazifah, Shazana dan Norshazyeana

Wednesday 29 August 2012

SELAMAT DATANG




2009 - 2012












MARI KITA BERKENALAN !!!






Monday 27 August 2012

Kata Menteri



TRANSFORMASI PENDIDIKAN




INOVASI i-THINK







I-SIna (Artikel adaptasi)


[harakahdaily] Cepat membaca guna teknik I-Sina (Utusan Malaysia, 7/11/2006)

pak ngah
Tue, 07 Nov 2006 08:50:43 -0800

Oleh MERAN ABU BAKAR
INGINKAH anda melihat anak-anak boleh membaca seawal usia tiga atau empat tahun? Pasti ibu bapa merasa seronok, bangga dan gembira apabila anak-anak boleh membaca pada usia yang lebih awal sebelum memasuki alam persekolahan.
Bagaimanapun, bilangan kanak-kanak yang mempunyai kebolehan seperti itu amat sedikit jumlahnya. Namun, perkara itu tidak mustahil kerana ada kaedah tertentu yang ternyata berkesan setelah dipraktikkan kepada kanak-kanak.
Dengan Kaedah Belajar Membaca Yang Efektif menggunakan teknik I-Sina yang dicipta oleh Rahmalizah Ali, impian untuk melihat anak-anak boleh membaca awal akan menjadi kenyataan.
Justeru itu, Bengkel Cepat Membaca anjuran Kolej Komuniti Selayang telah diadakan bagi memberi kefahaman kepada para pendidik dan ibu bapa mengenai kemahiran membaca.
Selain itu, bengkel ini dapat memberi pendedahan kepada ibu bapa mengenai pentingnya kemahiran membaca di kalangan kanak-kanak seawal usia tiga tahun. Dengan tidak secara langsung, ia dapat membantu mengatasi masalah buta huruf.
Menurut Rahmalizah, jumlah kanak-kanak yang tidak tahu membaca di negara ini semakin membimbangkan. Selain itu, masalah kanak-kanak yang belum menguasai kemahiran membaca di peringkat sekolah rendah juga begitu serius.
"Seramai 138,271 orang murid atau 35.52 peratus pelajar Tahun 1 di Semenanjung tidak tahu membaca dan jumlah ini tidak termasuk kawasan-kawasan luar bandar di Sabah dan Sarawak," kata Rahmalizah.
Beliau berkata, banyak masalah yang akan timbul akibat murid-murid yang tidak tahu membaca. Mereka akan ketinggalan dalam pelajaran, keputusan peperiksaan lemah kerana tidak memahami soalan, tiada keyakinan diri serta mudah berputus asa.
Tambah beliau, murid-murid ini tidak menunjukkan sebarang minat untuk belajar, mempunyai daya saing yang sangat rendah dan mengikut kajian Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP), mereka tergolong dalam golongan kanak-kanak yang tercicir minda.
"Membaca ialah satu kemahiran atau skil. Terdapat beberapa skil yang perlu dikuasai oleh kanak-kanak untuk membaca seperti skil membuat bunyi setiap huruf, skil menyambungkan bunyi setiap huruf, skil membaca mengikut tanda bacaan dan skil menterjemah bacaan kepada yang difahami.
"Kanak-kanak belajar melalui reseptif visual, pendengaran dan pengalaman," ujar graduan Universiti Manchester, United Kingdom ini.
Ujar beliau, kaedah belajar membaca di Malaysia menggunakan kaedah lama (teknik mengeja-menyanyi suku kata) dan kaedah fonetik.
Bagaimanapun, teknik lama itu hanya berkesan kepada sesetengah murid sahaja dan majoritinya tidak.
Kata Rahmalizah lagi, murid yang gagal menangkap skil membaca dengan betul akan cenderung menghafal. Mereka dikenali kerana boleh membaca suku kata mudah sahaja, kerap meneka, membaca, tidak berminat dan kerap lupa semasa membaca.
Beliau berkata, kanak-kanak yang tidak dapat membaca mengikut kaedah fonetik suku kata ini mempunyai simptom seperti boleh membaca suku kata mudah sahaja, kerap meneka dan tidak berminat semasa membaca, kerap lupa suku kata yang dipelajari, tahu membaca tetapi tidak tahu mengeja dan menulis serta tahu membaca bukunya sahaja.
Menurut Rahmalizah, kaedah I-Sina merupakan teknik fonetik tetapi disusun khusus bagi mengatasi kekeliruan kanak-kanak dalam usaha mereka untuk belajar membaca.
Teknik ini melatih kanak-kanak untuk faham dan bukannya menghafal. Ia ringkas dan tidak memerlukan masa yang lama, iaitu cuma lima hingga 10 minit setiap kali belajar tetapi kanak-kanak itu mestilah fokus.
Sementara itu, seorang guru tadika yang turut mengikuti bengkel tersebut, Zainab Zubir, 35, berkata, beliau telah dua kali mengikuti bengkel cepat membaca. Banyak pengetahuan baru yang dipelajarinya dan dapat dipraktikkan kepada kanak-kanak di Tadika Hadhari, Keramat, Kuala Lumpur.
"Kaedah ini lebih mudah dan cepat dipelajari oleh kanak-kanak. Mereka sudah boleh membaca dalam masa yang singkat sahaja.
"Walaupun sebutan hurufnya berbeza daripada teknik biasa namun tiada masalah bagi kanak-kanak itu untuk menyebutnya dan mereka nampak berminat untuk terus belajar," katanya yang mengajar kanak-kanak berusia empat, lima dan enam tahun.
Seorang lagi guru yang sempat ditemui, Rohana Ishak, 50, berkata, dengan menggunakan kaedah cepat membaca, kanak-kanak yang tidak boleh membaca, sudah boleh membaca dalam masa dua hingga tiga minggu.
Katanya, kaedah tersebut memang ternyata berkesan dan perubahan yang dilihat pada kanak-kanak yang diajar itu ternyata cukup menggembirakan.
Rohana, yang mengajar di sebuah tadika dan pusat tuisyen di Gombak berkata, jika dulu beliau menggunakan kaedah lain dalam pembelajaran kanak-kanak, kini beliau merasakan kaedah cepat membaca ini lebih efisien dan praktikal.
"Selain kaedah tersebut, saya juga cuba mencampurkan pelbagai kaedah bagi memperbaiki kaedah sedia ada.
"Kanak-kanak yang saya ajar bukan sahaja sudah boleh membaca malah mereka boleh mengajar kanak-kanak yang lain," jelasnya yang ingin mencuba mengajar bahasa Inggeris menggunakan kaedah cepat membaca.

--
"Sesungguhnya Solatku, Ibadatku, Hidupku dan Matiku adalah kerana Allah Tuhan Semesta Alam" __._,_.___

Subscribe: [EMAIL PROTECTED]
Unsubscribe: [EMAIL PROTECTED]
Digest message: [EMAIL PROTECTED]
HarakahDaily: http://www.harakahdaily.com
PAS Homepage: http://www.parti-pas.org

HarakahDaily.com disclaims any liability whatsoever or however arising from the posting of e-mails herein. Authors of the emails are advised to ensure that the contents of their e-mails do not attract any liability, civil or criminal.





SPONSORED LINKS
Malaysia florist Florist malaysia Malaysia vacation
Malaysia phone Malaysia shipping

Your email settings: Individual Email|Traditional
Change settings via the Web (Yahoo! ID required)
Change settings via email: Switch delivery to Daily Digest | Switch to Fully Featured
Visit Your Group | Yahoo! Groups Terms of Use | Unsubscribe

__,_._,___
  • [harakahdaily] Cepat membaca guna teknik I-Sina (Utusan Malaysia, 7/11/2006) pak ngah

  
INOVASI NEGARA







PERBAHARUI SISTEM PENDIDIKAN