Monday, 27 August 2012
Tuesday, 21 August 2012
ADAPTASI INOVASI
08:24
No comments
Adaptasi Inovasi Guru
- Gunakan pelbagai kaedah – bantu murid capai obj p&p
- Suaikan dgn keperluan – gaya pembelajaran murid, tajuk pengajaran, jenis pengetahuan, kemahiran yg hendak disampaikan, tahap pencapaian murid, persekitaran pembelajaran, nilai & sikap yg ingin dipupuk
- Perlu kerjasama semua pihak
- Proses interaksi – hasil aktiviti guru & murid yg jd elemen utama dlm suasana pembelajaran yg spesifik.
Ciri-ciri pendidik kreatif
- Keupayaan pelbagaikan kaedah p&p sesuai dgn kebolehan murid – bercerita, main peranan, lawatan , peta minda, inkuiri.
- Fleksibel & terbuka dalm p&p – sedia terima idea murid, galak murid soal, pemaaf, suka kepelbagaian & kerencaman idea bakat & tingkah laku murid, gemar layan ptayaan murid. Sesuaikan p&p dgn gaya pembelajran murid, tekankan soal minat, intelektual, kreativiti, sikap, penghayatan.
- Guna alat bantuan terkini – computer, perisian (software), internet Suaikan dgn situasi
- Beri peluang pelajar jana idea
- Aplikasi dlm pelbagai situasi – kuatkan daya ingatan
Prinsip inovasi dalam pengajaran
- Keputusan berdasarkan matlamat jelas
- Bantu rakan/berpasukan
- Kongsi idea Belajar melalui pengalaman Inovasi perlu dicari
Halangan dalam inovasi di sekolah
- Sikap guru suka berkonfrontasi dgn sekolah
- Perasaan bimbang
- Konflik
- Rasa tidak tenteram
- Kesukaran guru tukar amalan yg baru
- Tidak yakin guna alat canggih – elektronik, teknologi computer, telekomunikasi Technophobia (Nigeria) – takut pada media elekronik, takaut pda peralatan elektronik, takut peranan guru diambil oleh media
Cabaran pelaksanaan inovasi kurikulum yg berkesan
- Demografi guru yg berbeza Lokasi sekolah
- Keupayaan guru dr segi motivasi, sikap, pengetahuan, dan kemahiran tentukan kesediaan guru.
- Sikap guru (Omar Hashim )
- Faktor inesia – rasa selesa & puas hati dgn apa yg dialami (xnak berubah).
- Rasa terancam – xyakin bt sst yg baru
- Masa & kemudahan – tidak ckup masa & kemudahan (elak diri)
Peringkat adaptasi inovasi dalam pendidikan
- Individu – dibuat olh guru kreatif melalui timba ilmu, teliti persekitaran, bina idea hasilkan teknologi baru @ baiki kualiti @ selesai masalah (modifikasi
- Organisasi – aktif dan Prospektif (cari peluang, kuasai keadaan utk raih keuntungan maksimum).
Rujukan
06:04
No comments
http://www.gurutrenggalek.com/2011/02/httpchandrawatiwordpresscom.html
http://www.scribd.com/doc/83646533/adaptasi-inovasi-pendidikan (link inovasi scribd)
http://www.scribd.com/doc/18034038/PERUBAHAN-DALAM-PENDIDIKAN (link perubhn dlm pendidikn)
http://gudangilmuzubir.blogspot.com/2011/11/nota-edu-3109-guru-dan-cabaran-semasa.html (notes)
( "http://ms.wikipedia.org/wiki/Perubahan_Pendidikan"
Amla Salleh et al (2009). Bimbingan dan Kaunseling Sekolah Edisi Kedua.Selangor Penerbit Universiti Kebangsaan MalaysiaNoriati A.Rashid, Boon Pong Ying, Sharifah Fakriah Syed Ahmad, Zuraidah Abdul Majid, 2010. Guru dan Cabaran Semasa. Shah Alam : Oxford Fajar Sdn Bhd.
Syed Ismail B Syed Mustafa, Ahmad Subki B Miskon, 2010. Guru dan Cabaran Semasa. Puchong : Penerbitan Multimedia Sdn Bhd
Dr Abang Hud Abang Engkeh, Pendidik Mac 2009. Perubahan Pendidikan di Malaysia. Ampang : Widad Publications Sdn Bhd
Zahri Ramlan, Pendidik Mac 2009. Guru Inovatif Didik Pelajar Alaf Kini. Ampang : Widad Publications Sdn Bhd
Ishak Ismail, Pendidik Mac 2009. Berubah Mampu Garap Kreativiti Guru. Ampang : Widad Publications Sdn Bhd
http://www.scribd.com/doc/83646533/adaptasi-inovasi-pendidikan (link inovasi scribd)
http://www.scribd.com/doc/18034038/PERUBAHAN-DALAM-PENDIDIKAN (link perubhn dlm pendidikn)
http://gudangilmuzubir.blogspot.com/2011/11/nota-edu-3109-guru-dan-cabaran-semasa.html (notes)
( "http://ms.wikipedia.org/wiki/Perubahan_Pendidikan"
Amla Salleh et al (2009). Bimbingan dan Kaunseling Sekolah Edisi Kedua.Selangor Penerbit Universiti Kebangsaan MalaysiaNoriati A.Rashid, Boon Pong Ying, Sharifah Fakriah Syed Ahmad, Zuraidah Abdul Majid, 2010. Guru dan Cabaran Semasa. Shah Alam : Oxford Fajar Sdn Bhd.
Syed Ismail B Syed Mustafa, Ahmad Subki B Miskon, 2010. Guru dan Cabaran Semasa. Puchong : Penerbitan Multimedia Sdn Bhd
Dr Abang Hud Abang Engkeh, Pendidik Mac 2009. Perubahan Pendidikan di Malaysia. Ampang : Widad Publications Sdn Bhd
Zahri Ramlan, Pendidik Mac 2009. Guru Inovatif Didik Pelajar Alaf Kini. Ampang : Widad Publications Sdn Bhd
Ishak Ismail, Pendidik Mac 2009. Berubah Mampu Garap Kreativiti Guru. Ampang : Widad Publications Sdn Bhd
Sunday, 12 August 2012
i-think strategi pngrsn inovasi & perubahan
21:35
No comments
STRATEGI PENGURUSAN INOVASI DAN
PERUBAHAN PENDIDIKAN
Thursday, 9 August 2012
ADAPTASI INOVASI DAN PERUBAHAN PENDIDIKAN
01:18
No comments
ASPEK PERTIMBANGAN INOVASI GURU -analogy map-
CARA MERENCANA RANCANGAN STRATEGIK DENGAN BIJAK DAN BERWAWASAN
-tree map-
CIRI-CIRI ADAPTASI DAN KEPELBAGAIAN KAEDAH / STRATEGI GURU -brace map-
ELEMEN YANG DIPERTIMBANGKAN GURU DAAM MELAKSANAKAN INOVASI
-multi flow map-
KRITERIA GURU DALAM MELAKSANAKAN INOVASI -tree map-
TAHAP PERKEMBANGAN GURU -flow map-
TUJUAN INOVASI GURU -circle map-
Perlukah PERUBAHAN ???
00:49
No comments
(Ar-Ra’d, 13:11)
PERUBAHAN. Istilah ini membawa konotasi tentang perubahan iaitu sesuatu yang berubah daripada sedia ada kepada yang baru. Manusia sentiasa menginginkan perubahan daripada yang kurang baik kepada lebih baik. Sebab itu timbul frasa popular “hari ini sepatutnya lebih baik dari semalam”. Dalam merealisasikan perubahan sesuatu, kita sering hanya mengharapkan perubahan itu berlaku berbanding berusaha keras merealisasikannya. Jika itu benar, maka ayat ini seharusnya dianalisis untuk menyedarkan kita bahawa perubahan memerlukan tindakan daripada kita sebelum Allah mengubahnya dengan kuasa-Nya.
Dalam Surah Muhammad, 47:7, Allah berfirman:
“Wahai orang-orang yang beriman, jika kamu menolong Allah, Allah akan menolong kamu dan menetapkan kedudukanmu”
(Muhammad, 47:7)
Jika kita meneliti ayat ini, kita akan memahami bahawa sebelum datangnya pertolongan Allah, kita terlebih dahulu harus bekerja keras menolong agama Allah. Walaupun sebenarnya Allah tidak memerlukan pertolongan kita untuk memenangkan agama-Nya, namun usaha kita menjadi salah satu sebab turunnya pertolongan Allah.
Jika dikaitkan dengan ayat ke 11 surah Ar-Ra’d tadi, kita seharusnya memahami bahawa untuk mencapai sesuatu perubahan yang baik dan disertai dengan pertolongan Allah, kita terlebih dahulu harus berusaha ke arahnya dan tidak hanya menunggu bulan jatuh ke riba. Di mana ada kemahuan di situ ada jalan. Hendak seribu daya tak hendak seribu dalih. Frasa-frasa ini cukup baik dalam menggambarkan kesungguhan kita untuk mencapai sesuatu secara serius.
Apa yang menjadi masalah sekarang, banyak cabaran untuk seseorang itu menerima perubahan. Kekadang di kalangan kita lebih suka mengekalkan ‘status quo’ sahaja sedangkan dunia sudah semakin berubah dan kita seharusnya menerima perubahan-perubahan ini dengan senang hati demi kecemerlangan. Begitu juga dalam organisasi, banyak isu ditimbulkan dan wujud konflik dalam organisasi sampai tahap timbul fitnah melalui surat tanpa bernama (surat layang), email tanpa dapat dipertanggungjawabkan dan tulisan di blog yang juga tidak dapat dipertanggungjawabkan kebenarannya.
Dalam bidang pendidikan khususnya perubahan akan terus berlaku kerana kedinamikan bidang pendidikan itu sendiri. Kurikulum sahaja sentiasa mengalami perubahan dan penambahbaikan dari masa ke semasa. PPSMI yang tidak pernah wujud satu ketika dulu kini dilaksanakan, ISO 9000 yang satu ketika dulu hanya dilaksana di sektor korporat mula diimplementasikan dalam organisasi pendidikan, penggunaan ICT dalam pembelajaran, wujudnya laman web dan pembelajaran berasaskan web, pelbagai permohonan secara online, melaksanakan kajian tindakan dan inovasi, sistem maklumat berasaskan komputer, dan banyak lagi perubahan-perubahan yang berlaku. Kalau kita renung dari mula kita bersekolah hinggalah kini terlalu banyak perubahan yang berlaku. Bagi saya apa salahnya kalau perubahan itu berlaku jika ia membawa kebaikan dan kecemerlangan kepada organisasi kita.
Memang sukar pada peringkat awal untuk menerima perubahan kerana sudah pastinya ada tugasan baru yang perlu kita laksanakan untuk menjayakannya. Contohnya untuk melaksanakan ISO contohnya kita perlu akur kepada penggunaan pelbagai prosedur dan borang mengikut format yang ditetapkan. Malah untuk memohon pertukaran sekolah juga memerlukan kita mengakses melalui internet. Tetapi itulah perubahan baik yang sebenarnya perlu dilaksanakan mengikut trend-trend semasa. Semua itu akan menjadi kebanggaan apabila sesuatu perubahan itu berjaya dan memberi manfaat kepada kita dan organisasi. Selalunya apabila sesuatu perkara baru itu memberikan kerja tambahan kita akan merungut. Yang hairannya kita tidak pula merungut kalau perubahan itu memberi natijah langsung kepada kita seperti tambahan ganjaran, elaun dan sebagainya. Kita ambil contoh mudah, bagi perokok bukanlah suatu perkara yang mudah untuk meninggalkannya. Tetapi ia akan menjadi detik manis apabila mampu membuang tabiat ini kerana dapat menjimatkan perbelanjaan dan kesihatan menjadi bertambah baik. Tanyalah kepada mereka yang pernah terlibat.
Jadi, selepas ini kita tidak harus hanya berkata-kata tentang perubahan dan mengharapkan sesuatu yang luar biasa terjadi tanpa diduga bahkan tanpa usaha. Namun, kita harus bekerja keras jika inginkan perubahan itu berlaku. Perubahan yang bagaimana? Ya! Apa sahaja perubahan ke arah yang lebih baik. Meningkatkan keputusan peperiksaan, menambah baik keadaan umat dan masyarakat, meningkatkan kualiti hidup dan pendapatan, menambah ilmu pengetahuan dan macam-macam lagi. Kita cukup berbangga kerana setelah puluhan tahun kita mencapai kemerdekaan rakan-rakan guru kita tidak pernah jemu untuk menerima, melaksana dan membuat pelbagai perubahan demi kemajuan dan kecemerlangan anak-anak didik kita. Walaupun hanya sekadar membuat kajian tindakan untuk mebaiki keputusan/pencapaian 30 orang anak murid kita dalam bilik darjah, itu sudah merupakan sumbangan kita untuk membuat perubahan dalam organisasi kita. Teruskan komitmen kita bersama.
Wednesday, 8 August 2012
APLIKASI I-THINK DALAM P&P
22:20
No comments
PENGURUSAN DIRI
ALATAN BILIK DARJAH -double bubble-
AMALAN SEMASA MAKAN - bubble
ANGGOTA BADAN -brace map-
CARA MENGGOSOK DIRI -flow map-
KEPENTINGAN MEMBERSIHKAN DIRI -multi flow-
PAKAIAN -tree map-
PENGURUSAN DIRI -bridge map-
Subscribe to:
Posts (Atom)




















